|
Pejabat
Residen Bahagian Bintulu
SARAWAK
|
|
| |
Perutusan
Residen Bahagian
Bintulu
DR. RAZALI ABON

Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kita dapat
bergerak maju dalam dunia komunikasi (ICT) ini. Selaras dengan hasrat
YB Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Negeri agar semua agensi Kerajaan memiliki
laman web masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan mutu
perkhidmatan mereka, kewujudan Laman Web Pejabat Residen Bahagian Bintulu
diharap dapat bergerak sejajar dengan hasrat tersebut. Dengan demikian,
pihak kerajaan mengorak langkah menuju ke arah penggunaan sistem maklumat
dan komunikasi sepenuhnya dalam membangunkan masyarakat, negeri dan negara
dari segi pembangunan fizikal, ekonomi, sosial, sumber manusia dan sebagainya.
Harapan kita, laman web ini bukan sahaja membolehkan Pejabat ini menyediakan
maklumat terkini dan tepat mengenai Pembangunan Bahagian Bintulu
kepada para pengguna, malah akan bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan
ICT dalam organisasi ini.
Berasaskan
kepada hasrat kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan awam yang berkualiti
dan cemerlang, kami sedang berusaha memaksimumkan kepuasan pelanggan yang
berurusan dengan Pejabat ini melalui penggunaan sepenuhnya teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Melalui forum dan laman web ini, kami berharap
proses perkongsian idea dan maklumat antara Kerajaan-Rakyat-Kerajaan dapat
dicapai. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang komen, idea dan pandangan
daripada mana-mana pihak bagi memantapkan dan meningkatkan mutu laman web
ini pada masa akan datang.
Sekali
lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua kakitangan
yang terlibat menjayakan dan mengemaskini maklumat dalam laman web ini.
Semoga kewujudan laman web Pejabat Residen Bahagian Bintulu ini akan dapat
memberi banyak menfaat semada secara langsung mahupun tidak langsung kepada
kita semua.
Sekian,
terima kasih.
e-mail: razaliab@sarawaknet.gov.my
LAMAN
UTAMA
|