|
Pejabat
Residen Bahagian Bintulu
SARAWAK
|
|
| |
Tanggungjawab
Organisasi
dan
Dasar Kualiti 
Secara
umum, R&DO Bintulu adalah berfungsi sebagai penyelaras kepada keperluan
Pengurusan Pembangunan Sosio-ekonomi dan Pentadbiran Am Wilayah dan Tempatan
di Bahagian Bintulu. Secara khusus, Pentadbiran R&DO Bintulu adalah
bertanggungjawab untuk:
|
 |
Mempelopor,
menyelaras, M&E keseluruhan perancangan dan pelaksanaan pembangunan
sosio-ekonomi di Bahagian Bintulu melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi
di peringkat tempatan, wilayah dan Pusat;
|
|
 |
Menyelaras,
memantau dan memastikan kelicinan pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia
Lima Tahun;
|
|
 |
Mempelopor,
menyelaras dan M&E keperluan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan
luar bandar dan tanah;
|
|
 |
Mengumpul
dan mengemaskini Pangkalan Data di peringkat Bahagian dan Daerah untuk
meningkatkan kecekapan pengurusan perancangan dan perlaksanaan pembangunan
sosio-ekonomi Bahagian dan Daerah;
|
|
 |
Menggerak,
menyedia, membantu dan menyelaras keperluan Pentadbiran Am, Berkanun dan
Kemasyarakatan di peringkat Bahagian dan Daerah.
|
Dasar
Kualiti
Pentadbiran
R & DO Bintulu bertekad untuk membangunkan masyarakat Bintulu yang
makmur dan sejahtera dengan memberi perkhidmatan yang penuh tanggungjawab
dan profesional melalui amalan Budaya dan Persekitaran Kerja Cemerlang.
Penerapan
kualiti ( Q ) dan peningkatan kualiti kerja serta secara berterusan akan
dijadikan alatan utama (instrument) ke arah pembentukan perkhidmatan yang
professional.
LAMAN UTAMA
|