Pejabat Residen Bahagian Bintulu

SARAWAK

 

Minit Mesyuarat Kelab RANDO Bintulu 2002

 

Tarikh             : 05 April 2002 (Jumaat)

Masa              : 1530 petang

Tempat            : Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Residen Bintulu

 

Kehadiran:

 

1.                  Encik Mataip Sayu

2.                  Puan Haizawati bt. Fadillah Hamzah

3.                  Cik Lucia ak. Singgot

4.                  Cik Suraya bt. Abdul Rahim

5.                  Cik Hairon bt. Jali

6.                  Encik Jani Ding

7.                  Encik Bapai ak. Athey

8.                  Puan Norhasinah bt. Hassan

 

Turut Hadir:

 

1.                  Encik Kifli b. Bakeri (UNIMAS)

2.                  Encik Romy Salvador ak. Sidin (UNIMAS)

3.                  Encik Melvin Geraman ak. Patrick (UNIMAS)

4.                  Encik Arthur Sigoh (UiTM)

5.                  Cik Enserina ak. Ujong (UKM)

 

Tidak Hadir (dengan maaf) :

 

1.                  Puan Konelia ak. Pauzan

2.                  Encik Awang Omar b. Mohd.Chee

3.                  Encik Saiful Bahari b. Amra Ramly

 

 

1.      UCAPAN PENGERUSI

 

Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli yang hadir pada mesyuarat AJK Kelab RANDO yang pertama bagi tahun 2002. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk merangka aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada tahun 2002.

 

 

2.      PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2001

 

Encik Jani Ding telah melaporkan segala perbelanjaan dan pendapatan bagi Kelab RANDO pada tahun 2001 dan 2002.

 

Makluman: Semua Ahli

 

3.      AKTIVITI-AKTIVITI TAHUN 2002

 

a)                 Pertandingan Badminton

 

Kelab RANDO akan mengadakan Pertandingan Badminton pada 15 dan 16 Jun 2002 antara staf pejabat. Manakala pada Ogos 2002 Kelab RANDO dipertanggungjawabkan oleh MAKSAK Bahagian Bintulu bagi memilih wakil ke pertandingan Badminton antara MAKSAK pada 20-22 September 2002 di Kapit.

Tindakan : En. Awang Omar & En. Bapai Ahey

 

 

b)                Health Run

 

Health Run akan diadakan pada 27.4.2002. Cadangan program ini akan diketuai oleh Encik Hussaini bin Hakim iaitu Pegawai Pembangunan Sosial di Pejabat Residen Bintulu.

 

Tindakan : Semua Ahli

 

 

c)                 Lawatan ke Kota Kinabalu

 

Dicadangkan pada 15-10 Julai 2002

 

Tindakan : Semua Ahli

 

 

d)                 Family Day

 

AJK Kelab bersetuju agar diadakan 1 bulan sekali. Encik Bapai mencadangkan agar diadakan di Tubau, dan pada bulan berikutnya diadakan di Pantai Tg. Batu atau Taman Negara Similajau.

 

Tindakan : Semua Ahli

 

 

e)                 Lawatan

 

Puan Haizawati dipertanggungjawabkan untuk mengatur Program Lawatan ke Sarikei, Lubok Antu dan Batang Ai. Cadangan diadakan pada bulan Ogos 2002.

 

Tindakan : Puan Haizawati

 

 

f)                   Pertandingan Karaoke

 

Puan Norhasinah dan Cik Lucia ditugaskan untuk menjalankan Program Pertandingan Karaoke. Pertandingan dijadualkan pada May 2002.

 

Tindakan : Puan Norhasinah & Cik Lucia

 

 

4.      HAL-HAL LAIN

 

a)     Bayaran Yuran Kelab

 

Semua ahli kelab diminta membayar yuran bulanan mereka bagi tahun 2002. Cik Suraya dipertanggungjawabkan untuk meminta kepada ahli-ahli kelab.

 

Tindakan : Cik Suraya Abdul Rahim

 

 

b)    T-Shirt Kelab

 

Pengerusi dan AJK bersetuju agar semua ahli kelab membeli T-Shirt kelab. Pembelian akan diuruskan oleh Encik Jani Ding dan Encik Bapai Athey.

 

Tindakan : Encik Jani Ding & Encik Bapai Athey

 

 

5.      PENUTUP

 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1655 petang dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi.

 

 

Disediakan oleh:

 

NORHASINAH BT. HASSAN

(Setiausaha Kelab RANDO Bintulu)

   

 

 

  LAMAN UTAMA 

 

 



Hubungi WebMaster:

peleadzman@sarawaknet.gov.my

©2004/2005 R&DO Bintulu. Hakcipta terpelihara.
Dikemaskini pada : November, 2004