|
Bintulu

Kaum Melanau
di Bintulu

Bintulu lama
APA ITU
MELANAU?
Bagi
sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang sama
seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahui
asal-usul dan makna perkataan 'Melanau'.
Kira-kira
setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan
Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat
keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari,
sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba
bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi
yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah
yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau,
Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari
oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.
'Panau',
begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti
salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini.
Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini
dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang
dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab
orang yang bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh
batu. Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah
kadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengan
tiba-tiba. Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam
dan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam.
Kiranya
saudara berasal dari tempat yang penduduknya orang 'Melanau', janganlah berkecil
hati apabila dipanggil orang 'Melanau' kerana ia bukanlah merendah martabat,
pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-mata satu pekerjaan yang dipusakai oleh
datuk-nenek moyang kita.
Andaian
lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao)
atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di
Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang
didiami orang Melanau sekarang.

Perahu orang 'memanau'
BAHASA
Bahasa
Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia.
Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris
dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.
Kelompok
dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang utama.
1. Kawasan
Rajang:
- Belawai,
Rajang, Paloh, Daro, dan Matu
2. Kawasan
Mukah:
- Mukah,
Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat
3. Kawasan
Balingian-Tatau:
- Tatau
: Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di muara sungai dan kawasan persisiran
4. Kawasan
Bintulu
- Sungai
Kemena dan Sebiew
Dalam
"Sarawak Gazzette" 1972, I.C.F.S. Clayre menyatakan bahawa orang-orang
Siteng di Mukah adalah hampir sama dengan bahasa orang-orang Melanau di Tatau.
Bahasa ini pula ada persamaan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang
Punan Ba. Clayre seterusnya menerangkan bahawa dialek Melanau di Bintulu adalah
hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belaga, yang mempunyai banyak bunyi
sebuta / y /, / z /, dan / q /.
Dalam
kertas kerjanya bertajuk "Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal" yang
dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau 1988, Encik Zaini Ozea dari Dewan
Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahasa bahasa Bintulu mempunyai
hubungan yang dekat atau banyak persamaan dengan bahasa Melanau. Walaupun bahasa
Bintulu tidak dapat difahami oleh Melanau lain kecuali melalui pembelajaran,
namun bahasa itu masih dapat dianggap sebagai bahasa orang Melanau kerana
pengenalpastiaan Melanau di Bintulu tidak hanya pada aspek-aspek lain seperti
adat resam.

Kampung tradisional yang terdapat di Bintulu bercirikan
penempatan di pesisiran sungai
Sumber : Berita Binda (sumber asal :
A.J. Pengiran Tajuddin)


LAMAN UTAMA

Jabatan
Residen Bahagian Bintulu
97000 Bintulu, Sarawak.
Tel:
086-331896 Fax: 086-336620
E-mail:
peleadzman@sarawaknet.gov.my

|