|
Bintulu

Asal-usul
Nama 'Bintulu'

Bintulu lama
Nama 'Bintulu' diambil bersempena nama
sungai Mentulau - yang bererti 'kepala'(ulau) dalam dialek Melanau Bintulu.
Sebagaimana yang telah kita ketahui, pada zaman dahulu, antara aktiviti yang
dilakukan oleh penduduk di sini ialah memotong kepala musuh yang mengancam
keselamatan diri dan keluarga mereka. Setelah dibunuh, kepala tersebut diambil,
disalai (pengawetan) dan disimpan sebagai satu kemegahan dan tanda keperwiraan.
Tidak berapa jauh dari hulu Sungai Sebiew, ada dua orang bersaudara yang bernama
Bernik dan Jelab, serta beberapa orang pengikutnya, membina rumah berhampiran
sungai kecil yang mempunyai tebing yang rata dan luas. Pada mulanya, sungai
tersebut tidak bernama. Sungai tersebut diberi nama Mentulau kerana di situlah
tempat Bernik, Jelab dan pengikut-pengikut mereka menyalai kepala. Lama-kelamaan
perkataan MENTULAU ini bertukar menjadi BINTULU dan bersempena nama sungai itu,
daerah ini dinamakan sebagai Bintulu. (Sumber :
Hj.Abd.Rahman Kenai; Bintulu Centenary 1861-1961)
Menurut sumber lain, nama Bintulu
diambil sempena perkataan 'metuk ulau' dalam dialek Melanau Bintulu yang bererti
mengambil kepala yang dibuang di sungai. Begitulah serba-sedikit sejarah
bagaimana Bintulu mendapat nama.
- Nasuha


LAMAN UTAMA

Jabatan
Residen Bahagian Bintulu
97000 Bintulu, Sarawak.
Tel:
086-331896 Fax: 086-336620
e-mail:
peleadzman@sarawaknet.gov.my

|